Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Dikir Zikir Acheh: Preparation

 

Pada posting aku hari ini, aku nak cerita tentang pengalaman aku untuk aktiviti persatuan yang pertama aku involve di peringkat antarabangsa bersama persatuan Gema Warisan.

Aku sendiri tak ingat bila tarikh awal mula discussion, tapi yang pasti mungkin bulan November atau December 2018 sebab January 2019 adalah tarikh kami berangkat ke Banda Acheh. Aku telah ditugaskan sebagai Biro Multimedia dan Publisiti (pembantu) bersama dengan Arman. Jadi, aku ada banyak la gambar-gambar untuk buat report. Aku sediakan kelengkapan alat seperti kamera, tripod, microfon, dsb yang berkaitan (untuk kegunaan aku ajelah sebab Arman dah bawa dia punya haha). Tapi, sayangnya kamera aku telah dicuri oleh perompak. Sedih tak boleh nak habaqqqq.

Sewaktu preparation, aku dan ahli-ahli terlibat bermalam di Kolej Anggerik supaya mudah untuk kami berjalan kaki ke tempat latihan dikir barat, iaitu di Padang Kawad. Ada satu pondok (?) kecil untuk berlatih. Kadang-kadang kami guna pentas aje. Yang berdikir adalah pihak lelaki, kami sekadar datang dan dengar sahaja sambil merapatkan silaturrahim. Ada juga terselit sedikit discussion tentang tentatif program. Bawah ni ada gambarnya,






Ini semasa kami berlatih di pentas @ Padang Kawad. Pihak perempuan pun ikut berlatih (as backup) untuk persembahan. Merujuk pada gambar bawah sekali yang ada 5 perempuan tu, (dari kiri) Anis Hazwani, Vildanie Sudin, Sarah Aliah, Nora, dan Azia Airani. Yang lelaki aku tak ingat sangat nama sebab benda dah lama hehe, yang rapat-rapat mesti la aku ingat.

Selain berlatih muzik, kitorang pun ada praktis permainan yang kitorang akan main bersama anak-anak yatim. Oh! Lupa nak cerita program ni pasal apa. Hehehe. Silakan baca di bawah:


1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Persatuan HIMSAK bersama-sama dengan Kumpulan Dikir Barat Gema Warisan HIMSAK UiTM Shah Alam telah menganjurkan satu program pengantarabangsaan ke Aceh, Indonesia.

1.2 Program yang diadakan kali ini bertemakan ‘Perjalanan ke Banda Aceh, Dikir Zikir Aceh (Agama, Budaya, Masyarakat).

1.3 Bagi memenuhi keperluan modul tersebut, fasilitator akan mempersembahkan persembahan dikir barat dalam konteks Dikir Zikir dan mewujudkan “Mini Library” di mana buku-buku akan ditaja oleh perpustakaan UiTM Shah Alam bagi kegunaan rumah anak yatim “UPTD Rumoh Sejahtera, Aneuk Nanggaroe, Acheh”.

1.4 Program ini berkonsepkan khidmat masyarakat dan mempunyai elemen pertukaran budaya antara dua negara melalui universiti.

1.5 Persembahan pertukaran budaya akan diadakan di Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh. 

1.6 Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga akan diadakan di mana pelbagai permainan yang menguji kemahiran fikizal dan mental pelajar akan diterapkan bagi memperkasakan kemahiran dalam skop kepimpinan amnya


2.0 OBJEKTIF

2.1 Menerapkan elemen keagamaan, keharmonian, kedamaian, dan nasihat dalam lirik-lirik lagu yang bakal disampaikan.

2.2 Pembaharuan dalam aspek persembahan dikir barat iaitu Dikir Zikir.

2.3 Mengharumkan nama UiTM di peringkat antarabangsa khasnya dalam bidang kebudayaan.

2.4 Melahirkan modal insan yang berintegriti dan tidak lupa kepada Penciptanya.

2.5 Melahirkan mahasiswa yang progresif dalam mencapai kejayaan. 

2.6 Merasai bersama kesusahan dan keperitan hidup anak-anak yatim yang kehilangan keluarga tercinta selepas dibadai Bencana Tsunami.


3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 23 orang pelajar dari Kumpulan Dikir Barat Gema Warisan HIMSAK UiTM Shah Alam

3.2 50 orang anak-anak yatim dari Rumoh Anak Yatim “ UPTD Rumoh Sejahtera, Aneuk Nanggroe, Acheh, Indonesia.

3.3 50 orang pelajar Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh, Acheh, Indonesia.


4.0 TARIKH PROGRAM

4.1 Program pengantarabangsaan Perjalanan ke Banda Aceh, Dikir Zikir (Agama, Budaya, Masyarakat) berlangsung pada 24 Januari sehingga 26 Januari 2019. 


5.0 LOKASI PROGRAM

5.1 Program ini diadakan bertempat di rumah anak yatim “UPTD Rumoh Sejahtera, Aneuk Nanggaroe, Acheh” dan Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh, Acheh, Indonesia.


6.0 TENTATIF PROGRAM 

6.1 Kumpulan dikir barat Gema Warisan telah melakukan simulasi secara berkala yang mana simulasi ini diadakan selama 10 hari.

6.2 Tentatif pertandingan dikir barat Festival Konvokesyen ASWARA ke-13 adalah seperti lampiran 2.


Gambar di bawah adalah contoh simulasi untuk permainan atau aktiviti bersama anak yatim.

Ni di kawasan kompleks sukan UiTM Shah Alam. Semua duk prepare untuk game yang akan dimainkan di Acheh nanti, nama game "Belalang Belatuk"

Nak tahu cara kami main Belalang Belatuk? Boleh klik 👉SINI👈 untuk ke YouTube saya. Video tu sekadar kenang-kenangan, bukannya tutorial cara main yee. Selain Belalang Belatuk, kalau tak salah, kami pun ada berlatih cara main bola beracun. Aku sebenarnya dah lupa apa lagi yang aku dah buat. Hmmm... Sebab itu pentingnya ada satu journal/blog untuk kita tulis balik kenangan-kenangan yang ada. Sementara masih fresh dalam ingatan.

Kami akan berada di Acheh selama 3 hari. Hari pertama bersama anak yatim di UPTD Rumoh Sejahtera, hari kedua adalah aktiviti pertukaran budaya bersama siswi-siswa di Universitas Syiah Kuala, dan hari terakhir kami mengenali Banda Acheh dengan melawat ke tempat-tempat bersejarah dan shopping.

Untuk preparation ni kami banyak discussion dan simulasi sahaja. Posting seterusnya aku akan bahagikan kepada 3. Bermakna, setiap 1 hari akan ada 1 post tentang aktiviti yang telah dilakukan. 

Sekian sahaja posting aku pada hari ini.


Hike @ Bukit Gasing




@ Bukit Gasing, a hill between Kuala Lumpur and Petaling Jaya

Hello yalls! Apa khabar? In today’s post I nak cerita pasal my 3 other friends yang I kenal from Gema Warisan — Vildanie Sudin, Azia Ariani, & Anis Hazwani, sambil tu nak selit cerita pergi hiking di Bukit Gasing pada tarikh yang terlupa tapi berlaku pada tahun 2019.

Awalnya, kitorang tak ada lah rapat. First time kenal pun masa hadir perjumpaan Gema Warisan, kemudian waktu aku hadir tu ahli-ahli sedang berbincang tentang 1 program nama Dikir Zikir Acheh atau aku bagi short form DZA lah (aku akan cerita pada next post). 

Hendak dijadikan cerita, awal-awal memang susah nak ngam la kitorang ni sebab diorang semua ni muda dari aku (eleh setahun je pun) dan tambahan lagi, diorang bertiga ni 1 coursemate. Aku ni ibarat orang asing la kepada mereka bertiga yang memang dah 1 geng ni. Bermula rapat masa dah start untuk preparation program DZA, around penghujung 2018 - waktu tu aku baru sem 1.

Aku nak skip sedikit sebanyak cerita sebab aku pun lupa apa yang berlaku pada relationship aku dengan diorang selepas habis program. Seingat aku, lepas habis program tu sampai aku habis sem 1 je kitorang rapat. Then buat hal masing2 sampai aku habis sem 2 la kot. Entah, lupa.Hendak dijadikan cerita, pada semester ke-3 aku tak lulus permohonan kolej. Jadi, terpaksa cari rumah sewa. Aku risau nak duduk serumah dengan orang yang aku tak familiar, jadi aku cuba tanya 3 orang tu kalau diorang nak serumah sekali (kebetulan diorang pun mencari rumah sewa sebab tak dapat kolej).

Alhamdulillah, kitorang menyewa di Tingkat 10 Apartment Baiduri yang terletak bersebelahan Pintu A atau pintu utama UiTM Shah Alam. Jadi semakin rapat la dengan 3 orang ni sebab duduk serumah & tidur ruang tamu sama-sama.One day kitorang decide untuk buat aktiviti hiking, jadi pilihan kitorang adalah untuk ke Bukit Gasing.Aku ni memang suka aktiviti outdoor tapi diri sendiri tak cukup fit 😂. Walaubagaimanapun, aku tetap enjoy! Bawah ni sedikit gambar yang dapat aku kongsikan. Seingat aku, kitorang ambil Grab untuk ke bukit ni. 










Sesampainya di lokasi, memang aku dah prepare mental & fizikal akan koyak. Sebelum masuk dalam kawasan bukit, kitorang semua ada baca doa dan minta perlindungan daripada Allah dan stretching.Awal-awal hiking biasa la semua semangat tinggi lagi, tak penat lagi. Tapi bila sampai part nak naik bukit tu… Aduh. Aku la yang paling mengah kat situ hahaha. Tulaa… siapa suruh tak exercise awal-awal

Lepas tu boleh pulak kitorang tersalah trail. Alamak… Kitorang termasuk kawasan yang menuju ke hutan dan susah dilalui, jalan pun semakin sempit, nasib baik tergerak hati nak patah balik. Kalau tidak, entah mampu keluar ke tak nanti. Dalam gambar kat atas, kitorang berempat posing atas batang pokok yang tumbang tu. Di situ lah tempat kitorang tersalah trail & decide untuk pusing balik.Hiking punya hiking, aku pun dah lupa berapa lama. Mungkin dalam sejam? View memang nice. Tenang je. Bunyi cengkerik pun ada. Tapi… satu je aku nak pesan. Kalau diri lemah semangat, atau rasa mulut celupar, jangan naik ke bukit ni.

Lah? Kenapa pulak?

Haaa… nak tahu kenapa? Aku akan cerita selepas posting pengalaman ke Banda Acheh. Sekian posting pada hari ini. Goodbye

Sepet (tapi bukan film)


 

Hi korang! Nampak tak gambar kat atas ni? This is one of the most iconic Malaysian film, bertajuk Sepet. Tapi apa kaitannya dengan post kali ini? TAK ADA. Memang tak ada. Habis tu… kenapa masukkan gambar ni? Heheheeee.

Sebenarnya kan, aku ni dah lama tak tulis post yang berkait dengan anak jantan orang tau. Tapi malam ni terdetik hati nak tulis pasal someone yang aku panggil ‘sepet’, tapi sayangnya tuan badan tak nak mengaku diri tu sepet.

Apa khabar, sepet? Dah puas hati ke kali ni ada post pasal si sepet? Mohon jangan tersengih seorang diri lah bila baca ni ye.

Sambung balik dengan post ini, tujuan aku nak tulis pasal si sepet ni sebenarnya satu aje. Semoga si sepet dapat sedar diri bahawa kamu itu sepet. Ini bukan bermakna aku nak mengata sepet itu tak cantik ye! Sepet sangat manis, tambah pula bila senyum, mata tu terus hilang. Eee geram! Macam baby! Tapi sayangnya, sekali lagi hendak saya tegaskan bahawa si sepet saya tak nak mengaku diri dia itu sepet. Tersangat rugi ye disitu sebab dia tak sedar diri dia comel. eh… jantan pun boleh jadi comel ke? BOOOLEH!

Sebenarnya, aku dengan sepet ni baru kenal awal tahun ni, bertarikh 31 Januari 2023, Selasa jam 8:18PM. Siapa mulakan chat? Si sepet. Dengan tanpa segan silu, dia telah mengambil nombor telefon aku dengan kawannya yang aku panggil ‘Tiger’ pada ketika itu (sebab profile picture WhatsApp pakai topi cute corak tiger yang biasa jual di Cameron Highland gitu designnya). 

Aku sebagai seorang manusia yang agak pongos, awal-awalnya nak mengamuk. Yelah, nombor tak dikenali tiba-tiba tegur kata nak berkenalan. Ku fikirkan scammer! Memang ini anak sepet mencari nahas. 👺 Nak tahu apa ayat first dia kat aku? Ha, baca bawah ni ⬇️

“Eh eh hi. Assalamualaikum.”

Dan cara aku balas ni, sedikit macam polis la. Punya la tanya one by one, ini siapa, nama apa, umur berapa, tinggal kat mana. Si sepet pun bagitahu la hasrat dia ambil nombor sebab nak berkenalan, nak berkawan. Aku sebenarnya dah tahu dia ambil nombor fon aku, sebab si Tiger sendiri beritahu dia ada bagi nombor fon aku pada someone. Aku okay je kalau nak berkawan, tapi kalau ada jodoh… apa salahnya, kan? Hahahaha.

Bermula dari tarikh itu hingga kini, walaupun jarang chat, aku boleh anggap dia ni macam dah member lama la sebab senang bergurau dengan mamat ni. That is why aku mampu panggil dia SEPET! Kalau baru kenal, baru dalam proses nak berkawan, jangan harap aku nak panggil nickname begitu sebab ternampak la kurang adab ye. Tapi dengan sepet tak apa sebab dia level adik-adik je walaupun dia muda setahun je dari aku.

Tak nak tulis banyak pasal sepet, nanti hidung dia kembang. Jadi terpaksa ubah nickname sepet jadi kembang pulak.

Sepet, if you are reading this, I want you to know… thank you for making the first move.




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST |