Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
KEM ; Kadet Polis ; Tumpat ; Kok Keli


Aiya! 4 days di Tumpat badan dah sakit la. Okaylah,saya nak ceritakan HARI2 saya di TUMPAT :) .

Al-Kisah. . . .
 1st day ; Jam menunjukkan pukul 5 pagi.Saya bersiap untuk ke sekolah dengan berpakaian unit-beruniform (K.Polis).Setelah bersiap pada jam 6.45 pagi,baru hendak bertolak ke sekolah dan telah sampai pada jam 7.00 pagi (15 minit kalau jalan jam :p) . Setiap hari di lorong masuk SMK Dato' Ahmad Maher pasti *busy* dengan kereta-kereta yang masuk untuk hantar anak masing-masing di sekolah rendah SJK(C) PIER CHIH & SK SULTAN ISMAIL (2). Setelah sampai di sekolah and angkut semua barang-barang untuk kem,tiba-tiba......*jeng jeng jenggg*....Butang baju unit-uniform saya SALAH daa! Aiyo,banyak malu noo.Saya dan kawan saya,SAFARINA.Hihi,tapi,nasib baik sempat buat ^Emergency Call^ kat mak masing-masing.Sempat juga salin butang-butang salah tu.Okey.back to the topic.Jarum jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.tanda-tanda kedatangan Trak Polis masih tidak kelihatan melainkan bunyi.............#TARAAA!!# bunyi kereta burok yang sama dengan TRAK =.=" . Ceit,buang KARAN saja.Sambil-sambil menunggu Trak tiba,semua CHIP bahagikan kumpulan(? kot ?) masing-masing,and,yang paling saya suka...Chip Alif~ Haha,sudahpun memBOTAKkan kepalanya.Tapi tak mengapa,kalau muka seseorang tu HANDSOME,style rambut apa pun tak menjejejaskan imej nya.AuwAuw.Cewah,okey,kembali ke topik asal.Kira-kira jam 8.15 pagi,trak telahpun sampai (?). Mula-mula,pihak WANITA (jangan lupa,LADIES FIRST!) mengangkut barang-barang ke atas Trak.Setelah semua barang si angkut termasuk dengan badan-badan sendiri naik atas trak,kami pun bertolak.Dalam perjalanan,kami semua kepanasan dengan haba-haba dan cahaya matahari yang panas membara sampai ada orang rasa nak terjun masuk ke laut.Mana tak panasnya,31 orang,1 trak,berpuloh barang-barang.*Manusia* yang kecik akan diriba oleh *MANUSIA BESAR*. (Jangan marah,gurau saja).Setelah sampai ke destinasi yang dituju.Kami semua dengan SUKA HATI nya melompat turun dari trak dan mengambil UDARA SEGAR.Alangkah seronoknya kitorang bila dapat bernafas.Masing-masing mengeluarkan bunyi-bunyi pelik.Tapi saya,heh~Biasa bro! Cara king kong hembos dan tarik nafas~ haha! 0KAY,setelah sarjan kami, <S.M Nabila Huda *Bella*> melapor diri (?) kami ke tapak perkhemahan kami untuk memasang khemah dan sebagainya,kami bersihkan tapak itu sebersih-bersihnya. ---Pastu dah tak ingat apa lagi berlaku.....
2nd DAY ; Bangun pukul 5 pagi,bersiap-siap untuk solat subuh (berjemaah/beramai-ramai).Pagi tu punyalah sejuk sampai terketar-ketar kaki ni,nasib je tak terkencing dalam seluar.haha.Selepas solat subuh,semua orang mendengar tazkirah daripada ustaz apa ntah nama dia (lupa).Then,balik semula ke khemah,salin baju,bla-bla-bla dah lupa.Haha,0h ya! Masa inilah perkara yang paling memalukan bagi aku berlaku,waktu malam/petang rasanya.Tapi,rasanya baik tak payah tulis,memalukan sangat-sangat.Tak sampai hati nak cakap :'( , Sorry la ye korang,ini membabitkan *MARUAH* aku sebagai seorang perempuan yang masih ^FRESH^ .0h ya, ada la juga (STRENTO) ?? Apa ke benda entah nama dia,lupa.Benda ni macam bunyi bom,lepas itu semua orang kena lari kemudian meniarap dan merangkak membentuk bulatan besar.Tangan pula buat macam pegang pistol! Itu masa letupan pertama,jangan bangun lagi selagi belum bunyi letupan kedua.Lepas bunyi yang kedua,baru bangun dan terus lari buat barisan masing-masing.Sarjan kemudian melakukan tugas diorang.Haa~ Begitulah kisah. Eh belum habis lagi! Ada lagi 2 hari ni. Yeah! Yesh! Okaylah,kita skip,bagi cepat sedikit ya.
3rd DAY ; Hari ketiga! Bangun pagi,sembahyang subuh dan aktiviti biasa tapi hari ini ada apa ya? Hari ni ke hari semalam ada riadah sukan.Lupa pulak dah,aiyo.Tak apalah,cerita masa hari ni jelah yang riadah sukan ape ke benda ntah.Kitorang pakai lah baju PT.OKAY,SKIP HINGGA PETANG! Cerek hilang,adoi,punyalah penat buat PUMPING.Sebenarnya,dah 2 kali barang kitorang hilang. Pastu,kitorang berhutang lagi 70 kali pumping,kali ke-2 tu pumping setakat 30,sepatutnya 100.Selepas kejadian tu,kitorang jaga kawasan kitorang dengan ketat.Tiba-tiba,ada seorang Urusetia datang,namanya Chip Ezatiey (Chip Meti) Saya ekori dia ke mana sahaja dia jalan sebab Chip Bella suruh supaya tak akan hilang barang.Tiba-tiba che meti pegang la gayung , aku jerit "CHIP!!!!!" kuat-kuat,malu gila tau sebab Che Meti cakap "Amboi,garangnya" atau lebih kurang macam tu lah.Waktu malam pula,ada budak *H!ST3R!4*..Aku muntah,tapi jangan salah faham,aku demam biasa sahaja,cuma kepala je rasa nak meletup sikit :( .Punyalah aku muntah banyak kali. 1st time,aku batuk dulu,Chip Alif pun tanya kenapa,saya takleh jawab sebab asyik batuk,tiba-tiba rasa pening/nak pitam.Terus kawan-kawan saya yang jaga SENTRI tolong saya,diorang buka tudung saya supaya saya tak panas,saya pula asyik batuk.Pastu,chip mana entah suruh pergi bilik urusetia,masa tu,di fikiran saya cuma CHIP ALIF :p , ee,gelenya nya otak ku ni ==" . Ramai juga yang sakit,kira-kira 9 orang,lepas rehat dan habis malam kebudayaan,kami ke Hospital Tumpat,seorang demi seorang pergi check ngan doctor .~ Okay, SKIP !
4th DAY ; waktu pagi,aktiviti macam biasalah,sembahyang,tazkirah,tapi budak maahad lah.And then,rehearsal untuk majlis penutupan,okay2.SKIP ! Dah tak ada apa-apa hari ni.Masa dalam perjalanan balik iaitu masa dalam trak,Kitorang semua menyanyi lagu *Rasa Sayang Hey!* :), Sangat seronok.Bila sampai sekolah,kawad jap,tapi bukan kawad biasa,Chip Alif denda budak lelaki.Tengah-tengah panas,buat pumping.Lepas tu,pergi student centre,tak ingat buat apa,tapi yang saya ingat,Chip Alif,Chip Bella dan Chip Meti cerita macam-macam.Yang paling menakutkan ialah Chip Alif.Ketar dah lutut sebenarnya,cuma,cover-cover la,Tak kan lah depan orang yang aku sayang dan idola aku nak buat takut!Aku pun apa kurangnya kuat!! >.< !! I'm strong~Yeah! Lepas habis bercerita,kitorang kawad,kalau siapa buat siap.GET OUT dari barisan.Then,waktu nak balik,kitorang tapi yang penting sekali Abang JJ tak silap saya nama dia,menari macam KETAM ~ haaa~ Sangat seronok tengok dia buat dengan sportim dan muka SELAMBA BADAK, muko sedo~ haa~~~~Teringat masa Chip Alif joget... *1..2..GOYANG!* AuwAuw,berdebar-debar masa dia ada kat sebelah aku,nasib baiklah aku ni jenis sportim,kalau tak pengsan aku~ Tengok muka dia yang kacak gilar barbie tu dekat-dekat.Then,kitorang dance..1..2..GOYANG~ gerakkan badan.Idea oleh Chip Maula (?) entahlah,saya selalu terlebih panggil CHIP BOLA... ==" Maafkan saya Chip!!

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

| NEWER POST