Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Cinta Pertama dan Terakhir
Bukan hak milik saya post ini [Copy&Paste] je.

Aku anak pertama dari tiga adik beradik perempuan.Berasal dari Melaka.Kami anak yatim.Ayah meninggal dunia semasa aku berumur 12 tahun.Dia mengidap penyakit kanser.Ibu bersusah payah membela kami selepas kematian ayah.Ibu hanya berkerja sebagai penoreh getah.Nasib baik kami ada kebun peninggalan ayah.Setiap hari selepas subuh ibu akan menoreh getah dikebun yang bersebelahan rumah.Aku akan membantunya dihari Sabtu dan Ahad.Sedih aku melihat ibu waktu itu, berkerja keras untuk membesarkan kami.Selalu aku berkata didalam hati, aku akan pastikan ibu hidup dalam keceriaan apabila aku dan adik adik sudah berkerja nanti.Cukup masa untuk dia berihat.

Aku belajar bersungguh sungguh dalam suasana kehidupan yang sempit.Ingin berjaya dalam hidup.Ingin membantu ibu untuk meringankan tanggung jawabnya.Membantu adik adik yang lain.Aku melanjutkan pelajaraan kesebuah university diselatan tanah air.Meninggalkan ibu dan adik adik dikampong.Masih aku ingat kata kata ibu sebelum aku melangkah pergi.Ibu menasihatkan aku agar belajar bersungguh sungguh.Dia menyuruh aku agar sentiasa ingat akan kesusahan keluarga kami.Aku memeluknya dalam tangisan saat itu.Terlalu sedih.Aku berjanji akan buat yang terbaik.

Kehidupan aku sebagai pelajar diteruskan juga.Pada tahun akhir aku belajar, pihak university telah membuat satu aktiviti luar.Berkayak dikawasan Selat Tebrau.Pertama kali aku terlibat dengan aktiviti berkayak.Takut dan cemas, disebabkan aku tak pandai berenang.Nasib aku kurang baik.Kayak aku terbalik waktu sabuah bot yang berlalu dan alunan ombaknya membuatkan kayak aku tak stabil.Aku panik dan lupa apa yang telah berlaku.Aku lemas.Sedar tak sedar, aku dah berada di Hospital Ampuan Aminah.Badan lesu dan lemah.Aku diberitahu oleh kawan kawan aku.Aku diselamatkan oleh saorang pelajar lelaki.Hakim namanya.Petang itu Hakim datang melawat aku.Dibawanya sadikit buah tangan.Kami berkenalan dan aku mengucapkan ribuan terima kasih.Aku berhutang nyawa padanya.Hakim saorang yang pendiam dan warak.Dia berasal dari Pontian Johor.

Hubungan aku dan Hakim makin rapat.Bagaikan sepasang kekasih.Sebelum ini aku dah berjanji pada diri aku, tak akan membabitkan diri dengan cinta.Bercinta saat aku tengah belajar.Apakan daya, cinta datang tanpa aku dapat hindari.Aku jatuh cinta dan sayang dengan Hakim.Itu semua tanpa pengetahuan ibu.Aku tak sampai hati untuk menceritakan kepadanya. Salepas tamat pengajian, aku berkerja dengan kerajaan disebuah Bandar diMelaka.Hakim berkerja di Port Dickson.Hubungan kami diteruskan.Jarang kami bertemu.Aku menitis airmata apabila dia berkata yang dia ingin mengambil aku sebagai saorang isteri dalam masa dua tahun lagi.Dia sedang mengumpul duit.Hidup keluarga kami agak selesa apabila aku dah mula berkerja.Setiap bulan aku bagi seribu untuk ibu.Untuk simpanan diTabung Haji.

Pada satu hari. aku dipanggil oleh ibu.Diberitahu ada saorang saudara ibu ingin meminang aku.Namanya Amir.Dia berkerja diTerengganu sebagai saorang jurutera.Terkedu bila aku dengar tentang itu.Jadi serba salah.Diterima atau pun tidak.Terfikir, apa kata Hakim nanti.Aku bagi ibu tiga hari untuk membuat keputusan.Keputusan untuk masa depan aku.Aku buntu.Esoknya aku talipon Hakim.Terangkan apa yang terjadi.Dia terkejut dan terdiam.kata akhir yang aku dengar darinya.Menyuruh aku ikut sahaja permintaan ibu.Sempat dia berdoa agar perkahwinan aku nanti berbahagia.Selepas dari itu, dia terus menhilang.Tiada kabar berita.Mungkin membawa diri dalam kelukaan.Aku betul betul rasa bersalah.Aku terpaksa mengikuti kata ibu.Aku tak hendak ibu terluka.Ibu yang telah bersusah payah memelihara aku dari kecil.

Enam bulam selepas itu aku melangsungkan perkahwinan dengan Amir.Tanpa cinta.Tiada kemesraan antara kami.Dari malam pertama dan seterusnya, Amir tak menyentuh aku.Enam bulan kami berkawin, dia tak pernah pulang kerumah aku diMelaka.Aku masih lagi perawan.Hanya sesekali dia menalipon aku untuk bertanya kabar.Seminggu selepas itu, aku dapat berita dari ibu, sambil menangis tersedu sedu.Memberitahu yang Amir akan menceraikan aku.Sebenarnya, dia tak suka dengan perkahwinan kami.Dia dah ada kekasih lain sebelum berkahwin dengan aku.Dia turuti kerana desakan ibunya.Selepas proses penceraian.Jadilah aku saorang yang dipanggil janda.Masih muda.

Dua tahun aku menjadi janda.Ibu pun dah tak menorah getah lagi.Adik aku yang kedua dah bekerja.Hidup kami makin selesa.Ramai lelaki yang menaruh hati dekat aku.Aku sudah tak berminat lagi untuk bercinta.Biarlah cinta aku dengan Hakim, cinta pertama dan terakhir.Aku sering merindui Hakim.Tertanya tanya bagaimanakah keadaan dia sekarang.Sedih dengan apa yang terjadi padanya.

Satu hari ibu panggil aku dan beritahu, ada saorang nak merisik aku.Sambil berkata yang ibu ingin sekali aku berkahwin buat kali kedua.Inginkan cucu.Aku tak berkata apa apa.Hanya beritahu yang aku rela dengan apa pun suruhan ibu.Tak sampai hati aku nak melukakan hati ibu.Seminggu selepas itu datanglah keluarga sebelah lelaki merisik.Semuanya bersetuju yang aku akan berkahwin tiga bulan lagi.Aku tak membantah.Dua soalan sahaja yang aku tanya pada ibu.Siapa nama lelaki itu dan umur dia berapa.Aku diberitahu, lelaki itu bernama Mohd Akmal.Umur sebaya dengan aku.Tertanya tanya, apakah kelebihan aku yang buat dia berkenan pada diri aku ini.Kali kedua aku berkahwin dengan orang yang aku tak kenali.Aku serahkan semuanya pada takdir.

Pada hari pernikahan aku, ramai saudara mara yang datang walaupun majlis tidak dibuat dengan besar besaran.Upacara pernikahan itu berlangsung dirumah aku selepas waktu Isyak.Aku berpakai serba putih menunggu didalam bilik untuk upacara batal air sembayang selepas akad nikah nanti.Kedengaran tetamu dan pengantin lelaki dah tiba.Maka bermulalah upacara akad nikah.Terdengar Pak Imam mengajar bakal suami aku cara cara akad nikah nanti.bila.Terkejut aku bila dengar lafaz nikad yang diucapkan oleh bakal suami aku.Suaranya macam aku pernah dengar.selepas lafaz nikah, pengantin lelaki masuk kedalam bilik untuk meyarung cincin.Aku terasa macam nak pengsan bila melihat wajah suami aku.Pengantin lelaki itu adalah Hakim.Nama penuhnya Mohd Akmal Hakim.Baru aku tahu nama penuh suami aku.Langsung dia berbisik pada aku “ Kau lah cinta pertama dan terakhir bagiku sayang” sambil mencium pipi aku.Bagitu juga dengan aku, itulah cinta pertama dan terakhirku.



Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST