Tips ; Menghilangkan bau badan
Bau badan ni sangat sinonim dengan semua orang yang dah pun matang :D . Sini ada sedikit tips untuk korang. Aku dapat info ni daripada
Alkisah-nolove :) thanks for the info okay,,so here's the tips.
MENTIMUN:
dapatkan sebiji mentimun muda. kupaskan kulitnya dan basuhkan dengan bersih. oleskan saja mentimun di bahagian badan yang mudah berpeluh. lakukan beberapa hari sebaik setiap kali mandi. tunggulah hasilnya nyata bnyak perubahan.
BERAS GORENG DAN ASAM JAWA:
selain berupaya menghaluskan kulit wajah, beras juga mampu menghapuskan masalah bau badan. ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus. ramas sehingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. gosokkan ke bahagian badan yang mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit sebelum mandi. pasti ia membawa perubahan pada anda.
PEWANGI PELUH:
percayakah anda dengan petua ini? campuran tawas dan bedak dua bahan yang murah menyelesaikan masalah yang rumit. petuanya ialah, dapatkan tawas dan jadikan ia serbuk. gaulkan dengan sedikit beras. setelah itu sapukan dengan rapi ke seluruh badan yang mudah berpeluh. lakukan setiap malam sebelum tidur. anda dapati peluh yang keluar dari badan bertukar menjadi wangi.
DAUN SIRIH PENERANG MATA:
dapatkan daun sirih sebanyak dua genggam atau 20 ke 30 helai. kemudian direbus bersama segelas air dan dijadikan minuman setiap pagi. daun daun sirih ini boleh dijadikan minuman 3 atau 4 kali. sebaiknya didahului dengan selawat ke atas NABI s.a.w tiga kali sebelum diminum.
p/s : khasiatnya bukan sahaja mewangikan peluh malah menjadikan mata sentiasa terang hingga ke akhir hayat.
tekan ayat bawah ni untuk old/new post
OLDER POST | NEWER POST
Catat Ulasan