Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Kata Seorang Guru Penasihat
Hye semua , assalamualaikum dan apa khabar ? Alhamdulillah,semuanya baik-baik sahaja.Hari ini saya telah di beri sedikit 'tazkirah' oleh seorang guru saya.Guru penasihat yang biasa,Cikgu Abdul Aziz.Saya sangat menghormati cikgu ini kerana hanya dia sahaja yang berani menegur kesalahan saya walaupun dia sibuk.
Yang sebenarnya,suatu ketika dahulu,saya #hampir-hampir rosak.Namun,nasib saya masih baik.Alhamdulillah,Allah masih mahu menunjukkan hidayah serta memberikan seseorang untuk membimbing saya ke jalan yang benar.Pada hari ini,hari kedua saya berjumpa dengan Cikgu,saya berasa semakin selesa untuk mendengar nasihat dan cerita/pengalaman cikgu tentang semua pelajarnya yang senasib dengan saya namun tidak dapat diselamatkan kerana telah berjaya di'perdaya' oleh lelaki sehingga mengandung.
Janganlah kita terus mempercayai lelaki itu jika kita belum mengenal budi dan hati mereka dengan sepenuhnya.Ingatlah,Allah yang mencipta sekalian manusia,Allah tahu bahawa jikalau seorang perempuan hanya berdua-duaan dengan seorang lelaki.Pasti akan adanya pihak ke-3 iaitu Syaitan.Syaitan akan menghasut untuk melakukan zina.Pelbagai bisikan yang akan Syaitan bisikkan untuk melakukan segala perkara terkutuk dan keji ini.
Cikgu juga memberitahu bahawa lelaki ini adalah insan yang paling licik.Mengapa? Kerana,setelah dia berkenalan dengan seorang perempuan.Dia akan mengatur langkah/perancangan bagaimana untuk "mencairkan" hati gadis itu untuk menyerahkan badannya.Mereka akan memulakan rancangan  itu dengan Ayat-ayat manis -> Memegang tangan -> Memeluk -> Menyentuh anggota badan -> Bercium -> #Zina .Begitulah kata-kata cikgu.Selepas mendapatkan sesuatu yang dia inginkan,dia akan terus meninggalkan kita.Saya berharap,anda semua akan mengikuti langkah ini.Tanda berjaga-jaga.
  1. Jangan selalu mengikuti segala kemahuan teman lelaki anda.
  2. Jangan menghantarkan gambar anda jika dia mahu (terutamanya gambar seksi)
  3. Jangan terlalu 'cair' dengan ayat manisnya kerana mungkin ada udang di sebalik batu.
  4. Jangan membiarkan si lelaki menyentuh anda kerana dia akan menge-Cop anda sebagai perempuan murahan dan perempuan yang mudah untuk digunakan.
  5. Selalu memikirkan menggunakan akal dan berfikir secara logik sebelum melakukan perkara yang disuruh oleh si lelaki.
  6. Jangan pergi ke lorong gelap jika di ajak.
  7. Kalau nak dating,keluarlah beramai-ramai agar Zina dapat dielakkan.
Itu sebagai langkah mencegah sebelum terlambat,dan di bawah ini pula ialah ciri-ciri yang harus ada pada lelaki.
  • Kuat Iman dan Aqidah
  • Menghormati dirimu
  • Tidak akan menyentuh dirimu sehingga menjadi suami yang sah
  • Harus ada perasaan malu ketika berdua-duaan
  • Menegur jika anda melakukan perkara yang salah
Semoga,anda dapat mencari calon yang sesuai untuk diri anda.Amin.

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST