Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Being One Person
Being I,My,Me,Mine. :') Myself.I just can't be that perfect to my friends.
I'm not the best among the others.
Hello semua :'] Ya.Saya sekarang berseorangan,tanpa seorang #kawan yang setia berada di sisi ketika susah.Kalau ada pun,tiada yang sanggup mendengar rintihan dan suara hati kecil saya ini.Saya tiada tempat mengadu.Saya tiada tempat untuk meluahkan segala-galanya.Saya kehilangan semua kawan-kawan saya.Mereka sudah menghilangkan diri mereka.Mereka 'lari' daripada saya.

Apa yang saya ada sekarang? Hanyalah sebuah #keluarga yang setia di sisi.Hanya mereka yang saya ada,hanya mereka tempat saya meluahkan segala-galanya.Nasihat dan teguran diberikan jika saya melakukan kesalahan.Tanpa mereka,siapalah saya? Hidup serba 'kehitaman' dan kekosongan.Walaupun kadang-kadang berlakunya pertelingkahan antara kami,tetapi,mereka masih sentiasa di sisi setiap hari,setiap masa dan di mana jua.

Hidup yang serba sunyi ini adalah sangat membosankan.Tiada penyerinya,dan tiada cahaya yang boleh menyinari hari-hari kita.Amat susah untuk menemukan seseorang yang setia bersama kita seperti ahli keluarga,jarang sekali yang bertemu.Saya tidak bermaksud bahawa tiada langsung insan yang seperti itu,cuma,zaman sekarang amat susah sekali untuk menemukan orang yang sebegitu.Kadang-kadang,ada di antara kawan-kawan kita bagaikan Gunting dalam lipatan dan juga harapkan pagar,pagar makan padi.
Semoga,korang semua dapat bertemu dengan rakan sejati anda.Rakan yang tidak mementingkan rupa & fizikal,rakan yang tidak mementingkan harta benda dan juga rakan yang tidak akan pernah mengecewakan anda.Saya harap,korang pun boleh menjadi rakan yang seperti itu.Jikalau anda inginkan rakan yang sebegitu "Semuanya bermula daripada diri anda"



Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST