Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| Something Untuk Membebel
There is only one happiness in life,to love and be loved.♥ Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,salam 1 Malaysia.Post saya pada kali ini adalah tentang kehidupan seharian kita,tentang kawan,tentang keluarga,tentang cinta dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan 'Hidup'.Ya,setiap makhluk hidup di muka bumi ini ada caranya tersendiri,kitaran hidupnya tersendiri.Tak kira haiwan,manusia mahupun tumbuhan. Allah mengurniakan perasaan yang pelbagai kepada manusia,antara yang paling diketahui adalah marah,sedih dan gembira.Manusia pasti juga bergaduh,tak kira pada peringkat umur berapa dan bila.Itu adalah lumrah kehidupan.Semakin lama kita membesar semakin matang pemikiran kita dan kita mampu untuk menjalani kehidupan kita sendiri.Kita hidup di muka bumi ini,pasti ada yang benci dan pasti ada yang suka.Bak kata pepatah "Buang yang keruh,ambil yang jernih" dan kita jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang banyak,hidup tidak akan tenang.Kita harus relaks dan bersabar,ingatlah...Ini semua dugaan Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Penyayang.Allah menyayangi kita,dan sebab itulah Dia memberikan kita dugaan,untuk melihat kita,untuk menguji tahap kesabaran kita.Dengan izin Allah SWT,pasti hidup kita bahagia di dunia dan juga di akhirat. Sahabat pula,ada yang boleh dipercayai ada juga yang tidak boleh dijadikan sebagai kawan.Manusia mempunyai pelbagai ragam,kita harus menggunakan otak dan dapat membezakan rakan mana yang buruk dan yang baik.Contoh seperti,memilih seorang rakan yang kuat ponteng kelas,menghisap rokok,merempit dan sebagainya.Itu adalah perkara negatif dan kita mungkin akan terjebak dengan segala perkara yang buruk.Kalau berkawan dengan orang yang baik,kita dapat merasakan bahawa hidup kita diberkati Allah,carilah rakan yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar,nescaya persahabatan kamu itu akan kekal sampai bila-bila. Seperti kata cikgu saya 'Jikalau mendekati tukang besi,bajumu terkoyak akibat api yang terpercik tetapi jikalau kamu mendekati perniaga minyak wangi kamu akan berbau wangi dan harum'.Cikgu maksudkan adalah jikalau kita berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya,maka masyarakat akan memandang serong dan berfikiran negatif terhadap kita (iaitu dengan memikir bahawa kita mempunya perangai yang sama) dan jikalau kita berkawan dengan orang yang tinggi akhlaknya dan seorang yang bijaksana,maka kita juga boleh memperolehi sedikit keuntungan dengan ilmunya dan mengikutinya menuju ke arah kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sifat manusia? Setiap manusia pasti ada sifat dengki,cemburu dan lain-lain.Tetapi,siat dengki janganlah melampau,jikalau kita dengki akan manusia dan ingin memburukkan dia.Lebih baik kita buang siat itu jauh-jauh.Tetapi jikalau kita berdengki dengan dia hanya kerana dia seorang yang penuh ilmu di dada dan ingin menjadi sepertinya,adalah tidak menjadi suatu dosa dan Allah tidak akan berhenti memberikan rezeki dan satu hari nanti pasti kita akan menjadi sepertinya.Manusia..manusia..Inilah karenah mereka selama ini,cemburu,dengki,marah antara satu sama lain kerana perkara yang tidak sepatutnya. Mulalah manusia buka mulut,reka cerita sana-sini hanya untuk memburukkan dia dan mendapat nama!! Itu adalah perkara paling bodoh pernah saya tahu,kita tak sepatutnya berbuat demikian.Kita harus menerima seseorang itu dengan seadanya,sudah menjadi rezeki mereka jika dia lebih hebat daripada kita.Tak semestinya dia hebat,kamu rasakan diri kamu ini hina! Usah berasa demikian,kerana Allah telah mencipta setiap makhluknya dan jikalau dia mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang yang hebat,kamu pula mempunyai kebolehan kamu sendiri tetapi kamu yang tidak menyedarinya.
|
Itu sahajalah untuk hari ni,saya sudah bercerita dengan panjang lebar.Mungkin esok pula sambung tentang kisah manusia :) Salam & selamat tinggal saya ucapkan kepada pembaca.
RULES OF TUTORIALS :
1. Credit ME. If you used or repost.
2. Please, inform me if you take some of the freebies.
3. Don't ever steal or ripped anything.
4. Be honest, Allah's watching you.
Catat Ulasan