Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Kawan.
\I miss YOU. Yes, I do/
Hey guys,Assalamualaikum,salam 1Malaysia.Apa khabar semuanya? Sihat ke? Thanked God if you do.Lama sudah tak update blog ni.Dah berhabuk semacam *tiup-tiup screen laptop*

Kepada pembaca yang masih baru melihat blog ni,aku nak ucapkan selamat datang ke dunia aku.Dunia yang penuh dengan cerita kisah suka-duka hidup aku.Okaylah,cukuplah dengan menyambut tetamu ke blog aku ni.Sebenarnya,aku tak ada nak post apa pun.Saja je nak update blog ni yang dah usang.Al-maklum,sekarang dah makin busy *busy lah sangat* Haha.Tapi,bukan nak menipu.Memang aku ada busy sikit ulang kaji sambil outing.2 IN 1 tu derr.Kau apa cer? Haa ahaha.

Nak dijadikan satu cerita,aku sekarang dah bahagia kot dengan kehidupan aku dengan ketiadaan "bapok" atau "gewe" dalam bahasa kelate nya.Tapi,yang jadi masalahnya bila aku dengan kengkawan dah mula berpecah belah.Kitorang gaduh :-( .K sedih sangat *lap hingus* Yelah kan,siapa tak sedih kalau kawan yang dia sayang tinggalkan dia.Betul tak? Angguk cepat!! Haha takde lah.Gurau je,janganla kau angguk sungguh pulak.Ni bukan konsert rock metal.Adoyaii.

Aku nak sangat hubungan aku dengan kawan-kawan jadi macam dulu.Kalau boleh,aku nak undur balik masa ni di mana aku mendapatkan kebahagiaan 90% ni.Jenuh otak aku memikirkan cara nak kembalikan persahabatan yang dah terputus ni.Aku rindu semuanya.Ya,semuanya......Aku dah minta maaf,tapi masih tak boleh.Semakin lama,semakin renggang aku dengan orang lain.Aku macam dah tak ada sesiapa dalam dunia ni kecuali geng aku,family aku dan Allah SWT.

Entahlah,aku pun tak tahu nak buat apa lagi dah.Kepada orang yang pernah menjadi kawan aku dulu,yang sedang baca blog ni sekarang *itupun kalau baca* Aku nak minta maaf seikhlas hati aku.Aku tak nak gaduh dah.Aku tak nak ada apa-apa masalah dengan korang.Mungkin ada salah aku jugak tapi aku yang tak sedar.Tolonglah maafkan aku.Aku mengharapkan walau hanya satu respon daripada korang.Tolonglah....Aku merayu.............Maafkan aku.
Okaylah,aku tamatkan setakat ni saja dulu.Kita sambung pula pada lain hari.Terima kasih kerana membaca! Jenguklah lagi lain kali. *\o/*

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST