Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| Keep Strong
Assalamualaikum and hello guys.
How're you? Hope everything just fine.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku kesihatan pada hari ini.
Actually,aku nak tanya korang something.Pernah tak korang terasa bahawa menjadi seorang yang tabah adalah satu-satunya cara untuk menghadapi semua ujian daripada Allah?
Begitulah masalah yang dihadapi oleh aku dengan girlfriends aku sekarang,
Yes.We're trying to be strong with all our might.Kenapa? Mengapa? Semuanya gara-gara lelaki yang menghantui hidup kami.Yang terus-menerus berada di dalam ingatan kami.
Kami tahu bahawa bercinta pada peringkat usia begini hanyalah sekadar cinta monyet.Kami sedar bahawa kami masih lagi tidak layak untuk menemukan cinta sejati kami untuk dijadikan sebagai pasangan sehidup-semati.Tapi,biasalah pemuda-pemudi zaman sekarang.Cinta tidak mengenal usianya.Seriously,budak sekolah rendah sekarang ni pun dah pandai ada pakwe bagai.Tentang itu aku malas nak ambil tahu sebab ianya bukan urusan aku.Asalkan tak menyusahkan hidup aku.
Aku tak pernah minta pun untuk percintaan ini berakhir dengan begitu rumit sekali.Aku tak pernah minta agar hati ini selalu dalam keadaan sedih dan duka pada sepanjang hari.Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya hati ini setelah cinta dikhianati,didustai oleh mereka yang kita sayangi.Cinta yang tidak berbalas walaupun kita menaruh harapan yang tinggi terhadap mereka.Walaupun aku tahu bahawa cinta ini bakal menyeksa diri sendiri,aku tetap berterusan mempercayai bahawa suatu hari nanti aku akan memiliki kebahagiaan yang kita impikan.
Aku berharap dan terus berharap bahawa usaha aku selama ini tidak pernah sia-sia untuk menunggu dia.Walaupun aku tahu bahawa dia telahpun bahagia bersama kekasih barunya.Biarlah aku disini menangisi hari-hari aku tanpa dia disisi.Aku doakan agar dia bahagia bersama teman wanitanya.Semoga teman wanitanya itu mampu menjadi yang terbaik untuk diri dia yang aku cintai.Aku sanggup mengorbankan rasa hati ini hanya untuk melihat dia bahagia.Demi kebahagiaanya !!
Ya Allah,mengapa ini semua harus menjadi satu masalah yang besar buat diriku? Mengapa harus aku menanggung siksa azab cinta ini? Sedangkan dia hanya bersahaja bersama pengganti diriku.Ya Allah,sudah berapa kali aku menitiskan air mata aku kerna dia? Aku sudah tidak kuat, ya Allah.Aku sudah tidak mampu untuk menahan rasa sakit yang aku pendam selama ini.Hanya Engkau yang memahami betapa sedihnya aku,pilunya aku pabila diketepikan olehnya.Ya Allah,permudahkanlah hatiku untuk melupakan dia.Untuk meneruskan hidup tanpa dia.
Selain daripada itu,makbulkan lah doaku terhadap rakan-rakanku.Mereka juga menghadapi masalah yang sama seperti aku.Aku tidak sanggup untuk melihat rakan-rakanku bersedih.Aku tidak sanggup untuk melihat mereka menitiskan air mata hanya kerana lelaki yang tidak akan pernah memandang mereka lagi.Aku amat menyayangi mereka.Sudahlah kawanku,hentikanlah tangisan mu itu.Ku kan sentiasa berada di sampingmu tika suka dan duka mu.Mengertilah bahawa kau bagaikan permata dan emas yang sukar dicari dan tinggi nilai harganya.Semoga persahabatan kita akan kekal abadi.Aku tidak sanggup untuk kehilangan sahabat seperti kalian.Aku bersyukur aku memiliki kalian sebagai pendorong aku,sebagai peneman aku.
Titisan air mata ini jatuh membasahi pipiku.Sering kali aku dikecewakan.Hati aku sudah patah,sudah perit untuk menerima pendatang baru untuk teruskan bercinta.Hanya dia yang aku mahu.Seandainya air mata ini tidak lagi bernilai di matamu,tidak ada gunanya lah lagi aku tangisi kehilangan cintamu.Tetapi,aku tetap menangis walaupun dalam diam.Walaupun tidak diketahui orang.Aku memendam rasa ini seorang diri.Betapa seksanya aku kau lakukan.Kau langsung tak ambil kisah tentang apa yang aku rasa.Seperti aku ini patung terbiar di tong sampah.Ya Allah !!!
Seboleh-bolehnya,aku ingin melupakan dia dan meneruskan hidup yang baru.Aku ingin bahagia walaupun tak bersama dia.Izinkan lah aku untuk memiliki senyuman aku sebelum aku mengenali dirinya.
|
Catat Ulasan