Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T

Heads up girls.

Ya Allah,sesungguhnya aku bertuah mempunyai sahabat seperti mereka.5 orang semuanya.
Mereka pelengkap hidup aku.Mereka jugalah yang memberikan tawa dan riang dalam kehidupan hari-hariku.Tak terbayang oleh aku jika suatu hari aku kehilangan mereka.Nauzubillah.

Semua gadis-gadis aku kuat belaka.Mereka mampu mengharungi setiap dugaan yang mereka lalui.Aku amat mengkagumi mereka.Senyuman mereka,gelak tawa mereka.Ya Allah ! Rindunya aku kepada mereka hanya Engkau yang tahu.

Setiap daripada gadis aku mempunyai masalah mereka sendiri tetapi kami tetap laluinya bersama. 
Ketawa bersama,Menangis bersama.

Tetapi yang menjadi salah satu punca ketidak-bahagiaan kami adalah kerana kaum Adam yang kami cintai.Benar.Setiap daripada kami mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap lelaki yang menjadi pujaan hati kami masing-masing.

Apakan daya cinta kami hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan dan cinta ini terang lagi nyata bahawa tidak akan disambut kembali oleh tepukan sebelah lagi agar ia berbunyi.Kami hanya mampu memendam rasa sakit ini.

Semoga suatu hari nanti,kami akan dijodohkan oleh orang yang mampu memberi kebahagiaan kepada kami.Amin.

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST