Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| Dikir Zikir Acheh: Preparation
Pada posting aku hari ini, aku nak cerita tentang pengalaman aku untuk aktiviti persatuan yang pertama aku involve di peringkat antarabangsa bersama persatuan Gema Warisan. Aku sendiri tak ingat bila tarikh awal mula discussion, tapi yang pasti mungkin bulan November atau December 2018 sebab January 2019 adalah tarikh kami berangkat ke Banda Acheh. Aku telah ditugaskan sebagai Biro Multimedia dan Publisiti (pembantu) bersama dengan Arman. Jadi, aku ada banyak la gambar-gambar untuk buat report. Aku sediakan kelengkapan alat seperti kamera, tripod, microfon, dsb yang berkaitan (untuk kegunaan aku ajelah sebab Arman dah bawa dia punya haha). Tapi, sayangnya kamera aku telah dicuri oleh perompak. Sedih tak boleh nak habaqqqq. Sewaktu preparation, aku dan ahli-ahli terlibat bermalam di Kolej Anggerik supaya mudah untuk kami berjalan kaki ke tempat latihan dikir barat, iaitu di Padang Kawad. Ada satu pondok (?) kecil untuk berlatih. Kadang-kadang kami guna pentas aje. Yang berdikir adalah pihak lelaki, kami sekadar datang dan dengar sahaja sambil merapatkan silaturrahim. Ada juga terselit sedikit discussion tentang tentatif program. Bawah ni ada gambarnya, Ini semasa kami berlatih di pentas @ Padang Kawad. Pihak perempuan pun ikut berlatih (as backup) untuk persembahan. Merujuk pada gambar bawah sekali yang ada 5 perempuan tu, (dari kiri) Anis Hazwani, Vildanie Sudin, Sarah Aliah, Nora, dan Azia Airani. Yang lelaki aku tak ingat sangat nama sebab benda dah lama hehe, yang rapat-rapat mesti la aku ingat. Selain berlatih muzik, kitorang pun ada praktis permainan yang kitorang akan main bersama anak-anak yatim. Oh! Lupa nak cerita program ni pasal apa. Hehehe. Silakan baca di bawah:
Gambar di bawah adalah contoh simulasi untuk permainan atau aktiviti bersama anak yatim. Ni di kawasan kompleks sukan UiTM Shah Alam. Semua duk prepare untuk game yang akan dimainkan di Acheh nanti, nama game "Belalang Belatuk" Nak tahu cara kami main Belalang Belatuk? Boleh klik 👉SINI👈 untuk ke YouTube saya. Video tu sekadar kenang-kenangan, bukannya tutorial cara main yee. Selain Belalang Belatuk, kalau tak salah, kami pun ada berlatih cara main bola beracun. Aku sebenarnya dah lupa apa lagi yang aku dah buat. Hmmm... Sebab itu pentingnya ada satu journal/blog untuk kita tulis balik kenangan-kenangan yang ada. Sementara masih fresh dalam ingatan. Kami akan berada di Acheh selama 3 hari. Hari pertama bersama anak yatim di UPTD Rumoh Sejahtera, hari kedua adalah aktiviti pertukaran budaya bersama siswi-siswa di Universitas Syiah Kuala, dan hari terakhir kami mengenali Banda Acheh dengan melawat ke tempat-tempat bersejarah dan shopping. Untuk preparation ni kami banyak discussion dan simulasi sahaja. Posting seterusnya aku akan bahagikan kepada 3. Bermakna, setiap 1 hari akan ada 1 post tentang aktiviti yang telah dilakukan. Sekian sahaja posting aku pada hari ini. |
Catat Ulasan