Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| Hike @ Bukit Gasing
@ Bukit Gasing, a hill between Kuala Lumpur and Petaling Jaya Hello yalls! Apa khabar? In today’s post I nak cerita pasal my 3 other friends yang I kenal from Gema Warisan — Vildanie Sudin, Azia Ariani, & Anis Hazwani, sambil tu nak selit cerita pergi hiking di Bukit Gasing pada tarikh yang terlupa tapi berlaku pada tahun 2019. Awalnya, kitorang tak ada lah rapat. First time kenal pun masa hadir perjumpaan Gema Warisan, kemudian waktu aku hadir tu ahli-ahli sedang berbincang tentang 1 program nama Dikir Zikir Acheh atau aku bagi short form DZA lah (aku akan cerita pada next post). Hendak dijadikan cerita, awal-awal memang susah nak ngam la kitorang ni sebab diorang semua ni muda dari aku (eleh setahun je pun) dan tambahan lagi, diorang bertiga ni 1 coursemate. Aku ni ibarat orang asing la kepada mereka bertiga yang memang dah 1 geng ni. Bermula rapat masa dah start untuk preparation program DZA, around penghujung 2018 - waktu tu aku baru sem 1. Aku nak skip sedikit sebanyak cerita sebab aku pun lupa apa yang berlaku pada relationship aku dengan diorang selepas habis program. Seingat aku, lepas habis program tu sampai aku habis sem 1 je kitorang rapat. Then buat hal masing2 sampai aku habis sem 2 la kot. Entah, lupa.Hendak dijadikan cerita, pada semester ke-3 aku tak lulus permohonan kolej. Jadi, terpaksa cari rumah sewa. Aku risau nak duduk serumah dengan orang yang aku tak familiar, jadi aku cuba tanya 3 orang tu kalau diorang nak serumah sekali (kebetulan diorang pun mencari rumah sewa sebab tak dapat kolej). Alhamdulillah, kitorang menyewa di Tingkat 10 Apartment Baiduri yang terletak bersebelahan Pintu A atau pintu utama UiTM Shah Alam. Jadi semakin rapat la dengan 3 orang ni sebab duduk serumah & tidur ruang tamu sama-sama.One day kitorang decide untuk buat aktiviti hiking, jadi pilihan kitorang adalah untuk ke Bukit Gasing.Aku ni memang suka aktiviti outdoor tapi diri sendiri tak cukup fit 😂. Walaubagaimanapun, aku tetap enjoy! Bawah ni sedikit gambar yang dapat aku kongsikan. Seingat aku, kitorang ambil Grab untuk ke bukit ni. Sesampainya di lokasi, memang aku dah prepare mental & fizikal akan koyak. Sebelum masuk dalam kawasan bukit, kitorang semua ada baca doa dan minta perlindungan daripada Allah dan stretching.Awal-awal hiking biasa la semua semangat tinggi lagi, tak penat lagi. Tapi bila sampai part nak naik bukit tu… Aduh. Aku la yang paling mengah kat situ hahaha. Tulaa… siapa suruh tak exercise awal-awal. Lepas tu boleh pulak kitorang tersalah trail. Alamak… Kitorang termasuk kawasan yang menuju ke hutan dan susah dilalui, jalan pun semakin sempit, nasib baik tergerak hati nak patah balik. Kalau tidak, entah mampu keluar ke tak nanti. Dalam gambar kat atas, kitorang berempat posing atas batang pokok yang tumbang tu. Di situ lah tempat kitorang tersalah trail & decide untuk pusing balik.Hiking punya hiking, aku pun dah lupa berapa lama. Mungkin dalam sejam? View memang nice. Tenang je. Bunyi cengkerik pun ada. Tapi… satu je aku nak pesan. Kalau diri lemah semangat, atau rasa mulut celupar, jangan naik ke bukit ni. “Lah? Kenapa pulak?” Haaa… nak tahu kenapa? Aku akan cerita selepas posting pengalaman ke Banda Acheh. Sekian posting pada hari ini. Goodbye |
Catat Ulasan