Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Sepet (tapi bukan film)


 

Hi korang! Nampak tak gambar kat atas ni? This is one of the most iconic Malaysian film, bertajuk Sepet. Tapi apa kaitannya dengan post kali ini? TAK ADA. Memang tak ada. Habis tu… kenapa masukkan gambar ni? Heheheeee.

Sebenarnya kan, aku ni dah lama tak tulis post yang berkait dengan anak jantan orang tau. Tapi malam ni terdetik hati nak tulis pasal someone yang aku panggil ‘sepet’, tapi sayangnya tuan badan tak nak mengaku diri tu sepet.

Apa khabar, sepet? Dah puas hati ke kali ni ada post pasal si sepet? Mohon jangan tersengih seorang diri lah bila baca ni ye.

Sambung balik dengan post ini, tujuan aku nak tulis pasal si sepet ni sebenarnya satu aje. Semoga si sepet dapat sedar diri bahawa kamu itu sepet. Ini bukan bermakna aku nak mengata sepet itu tak cantik ye! Sepet sangat manis, tambah pula bila senyum, mata tu terus hilang. Eee geram! Macam baby! Tapi sayangnya, sekali lagi hendak saya tegaskan bahawa si sepet saya tak nak mengaku diri dia itu sepet. Tersangat rugi ye disitu sebab dia tak sedar diri dia comel. eh… jantan pun boleh jadi comel ke? BOOOLEH!

Sebenarnya, aku dengan sepet ni baru kenal awal tahun ni, bertarikh 31 Januari 2023, Selasa jam 8:18PM. Siapa mulakan chat? Si sepet. Dengan tanpa segan silu, dia telah mengambil nombor telefon aku dengan kawannya yang aku panggil ‘Tiger’ pada ketika itu (sebab profile picture WhatsApp pakai topi cute corak tiger yang biasa jual di Cameron Highland gitu designnya). 

Aku sebagai seorang manusia yang agak pongos, awal-awalnya nak mengamuk. Yelah, nombor tak dikenali tiba-tiba tegur kata nak berkenalan. Ku fikirkan scammer! Memang ini anak sepet mencari nahas. 👺 Nak tahu apa ayat first dia kat aku? Ha, baca bawah ni ⬇️

“Eh eh hi. Assalamualaikum.”

Dan cara aku balas ni, sedikit macam polis la. Punya la tanya one by one, ini siapa, nama apa, umur berapa, tinggal kat mana. Si sepet pun bagitahu la hasrat dia ambil nombor sebab nak berkenalan, nak berkawan. Aku sebenarnya dah tahu dia ambil nombor fon aku, sebab si Tiger sendiri beritahu dia ada bagi nombor fon aku pada someone. Aku okay je kalau nak berkawan, tapi kalau ada jodoh… apa salahnya, kan? Hahahaha.

Bermula dari tarikh itu hingga kini, walaupun jarang chat, aku boleh anggap dia ni macam dah member lama la sebab senang bergurau dengan mamat ni. That is why aku mampu panggil dia SEPET! Kalau baru kenal, baru dalam proses nak berkawan, jangan harap aku nak panggil nickname begitu sebab ternampak la kurang adab ye. Tapi dengan sepet tak apa sebab dia level adik-adik je walaupun dia muda setahun je dari aku.

Tak nak tulis banyak pasal sepet, nanti hidung dia kembang. Jadi terpaksa ubah nickname sepet jadi kembang pulak.

Sepet, if you are reading this, I want you to know… thank you for making the first move.

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST