Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
2018: Life as Degree Student

 

Ni sepatutnya jadi assignment buat poster untuk subjek e-language ehehe.
Saje simpan sini sebagai kenangan.

Hai korang. Dalam tak sedar dah 3 Mei 2023. Last post baruni Disember 2022 hehe. Tertipu sikit bila kita cakap kita nak buat update. Lama bebenor ye baru nak update. Anyway, post kali ni nak cerita pasal degree life. Selepas STPM haritu, aku sambung la kejap cari kerja part time sebagai akak koperasi di sekolah SIC. Alang-alang tak tahu nak buat apa, kerje aje lah kan sambil cari duit poket. Kemudian pada bulan Ogos 2018, alhamdulillah, aku dapat sambung belajar ke UiTM Shah Alam. Kos aku ambil adalah English for Professional Communication, fakulti Akademi Pengajian Bahasa.
Sebelum masuk UiTM, aku tak expect apa-apa pun dengan diri sendiri sebab aku tahu aku ni bukannya budak pandai sangat. Belajar pun ala kadar, result pun so-so aje. Tapi satu ajelah yang aku nak, iaitu supaya pinjaman PTPTN tu jadi biasiswa. *SPOILER ALERT* aku tak berjaya jadikan biasiswa hm. Sedih nokkk. Tetap kena bayar sebab result aku tak gempak. Tapi di UiTM ni benda yang paling aku seronok adalah I AM FREE OF MEN. Classmate aku semua perempuan dari Semester 1 sampai habis belajar hahahaha.
Ok back to Ogos 2018, macam biasa la ada orientasi. Dipanggil sebagai Minggu Destini Siswa (MDS). Aku pun dah lupa apa berlaku sebab aku punya memory ni short-term. Sedih, kan? Memang sedih pun *sobs sobs* 😭
Masa sem 1, aku sempat ada 2 best-friend. Sorang nama Syahirah, sorang lagi Ileana (Nur-Ileana Hani Roslidali). Yang nama Syahirah ni bermula sem 2 kitorang dah lost contact sebab kelas asing. But I still have Ileana my baby!! Si comel saya muah muah cayaaang. Dalam gambar kat atas, Ileana is the one on the right side pakai baju hijau flower tu. After masuk sem 2 tu, I also got 2 new best friend! Dina (Ammira Mardina Ab Hamid) and Ana (Raihana Razali). Dina is on the left, baju petak and Ana is the one in the middle yang kecik molek comei mata tertutup bawah tu.
Kitorang sempat sekelas selama setahun setengah aje (sem 1, 2 & 3) sebab bermula sem 4 sampai 6 tu dah masuk tahun Covid. Semua Online-Distance Learning (ODL). Sedih sebab tak dapat jumpa diorang dah. Aku sambung master pun 100% online je dari sem 1 sampai sem 3 (1 tahun setengah). Tak sempat kenal betul2 pun classmate master.
Anyway, masa aku jadi student di UiTM, aku aktif sebagai ahli brassband atau Band of Spirit Shah Alam (BOSS) -- aku tak layak untuk percussion, tak layak jugak untuk yang tiup-tiup, aku hanya layak pegang bendera sebab tu je aku mampu hahahaha. Aku suka kawad kaki, sejak dari sekolah menengah lagi. Tambahan, aku suka musik. Sebab tu aku pilih untuk join brassband (limited spot). Siapa cepat dia dapat join. By default, aku kena join Kesatria Negara. Mulanya aku terfikir nak join Polis masa orientasi, tapi bila pergi nak memohon, ternyata aku tak layak. Especially aku tak cukup tinggi dan tak cukup fit huhuhu. 
Selain aktif kokurikulum, aku pun aktif juga dalam persatuan (aktif la kot?). Aku ada join 2 persatuan. Yang pertama adalah Gema Warisan (GW), iaitu persatuan dikir barat di UiTM Shah Alam, berkait juga dengan HIMSAK (Himpunan Siswazah Kelantan). Dalam GW ni aku mostly aktif sebagai biro multimedia tak official hahaha. Yang kedua adalah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), aktif sebagai ahli biasa je. Tapi selepas covid, aku pulang ke tanah air kelate. Dan aku dah tak aktif join aktiviti GPMS dah sebab kebanyakan aktiviti dilakukan di Selangor hmmmmm sedih jugak.
Sepanjang degree, aku terpaling behave ye. Kalau nak bandingkan perangai aku dari zaman sekolah menengah dan STPM, memang 180 darjah berubah. Aku terpaling nerd. Nak gila-gila pun tak berani kecuali dalam circle kecilku aje, that is the CNS-S (Chicken Noodle Soup with a Soda on a side -- nama group me, ileana, dina and ana). Nama ni diambil sempena lirik dari kumpulan K-Pop terkenal, BTS, hahahahahaa.
Tapi tipu la kalau aku cakap aku ni 100% berubah nerd, of course ada nakal-nakal sikit. Aku paling nakal bab makan dan melepak seorang diri. Suka tengok wayang sorang diri di I-City. Eh lupa nak mention, selain group CNS-S, masa aku jadi ahli GW pun aku ada buat kawan baik dari kelantan. Nama Vildanie, Azia, dan Wani. Yang 3 orang ni aku akan cerita on next post pulak sebab nak cerita pengalaman pergi Acheh hehe.
Sebenarnya banyak yang aku nak tulis tapi takut terpanjang pulak post ni.
Jadi aku cerita secara general aje lah. Sebaiknya begitu. Memori tu ada banyak, ada yang disimpan dalam bentuk gambar, ada lagi disimpan biar diri sendiri je tahu. Haa gitu!!
See yall in the next post yang entah bila pulak nak tulis ehehehehehhehe.

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST