Typing Cat

Disclaimer

Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3

Entries About Tuto

Follow



thank you for all of your supports after all this year

Credits

Basecode : Aina Syaza
Template : Lintang A Pramesti
Owner : Nick
Others : C A T
Recapping Life Up to 2017

 

Today: 12/12/2022

Hello everyone, it has been a long time since my last post. How many years have passed? My previous post was on November 29, 2013. Well, it seems like it has been roughly 9 close to 10 years. Dalam tak sedar, masa berlalu begitu sahaja. I have grown. Probably not a look. I do not think that I have completely matured after all these years. It feels surreal to be 24 years old as of now. 

I would like to recap what I have been doing up until now. Nak speaking ke nak tulis melayu eh? Dulu selalu posting dalam Bahasa Melayu tapi sekarang rasa macam nak campur-campur. Let's try old school punya style? Or should I continue with code-switching? Hm. I guess I'll code-switch. That's how I prefer to tulis dengan kawan-kawan.

Anyway, back to the story. After November 29, 2013, I completely stopped updating my blog. Ada la jugak buat draft for 2014 post but kosong je - no idea. So I mulakan hidup baru pada tahun baru, jadi seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang tak function. Maybe masa tu niat nak ada sijil to increase my 'value' la kot? Pakai je uniform PRS tapi diri sendiri pun tak terbimbing sangat hahaha. For 2014 and 2015, it is just the usual. I tak ingat pulak if there is (or are) any significant memories. I just live my student life, follow kawan-kawan lepak kadang-kadang, most of my time is spent untuk waktu KoKu (Kadet Polis). Nak kata good student, tak jugak. My grades were not that great. Tingkatan 4 & 5 Rushd. Addmath/Kimia selalu dapat D or G kadang ada terselit E. Lain-lain tu alhamdulillah la jugak. Kalau tak A, dapat B, if not B, then C. Rotate. By the end of my senior year, I did have fun especially during our last dinner. I treasure the moment dengan gambar polaroid. Thank you to Kamila Syasya.

 

 
At least aku ada sesuatu untuk mengingatkan aku tentang zaman persekolahan. Aku menyesal terdelete gambar di Facebook, banyak gambar yang aku ambil sewaktu di sekolah (especially seperti Hari Kebitaraan/Hari Sukan/Hari Biasa - bawa phone dalam diam hehe).
 

Jadi, tamatlah tahun 2014 dan 2015. Habis SPM, mula lah tahun 2016. Pada 2016, aku first time apply kerja di Pizza Hut KB Mall. I had the worst experience ever. A conflict among staffs. Although, I was only in the middle of it. Aku okay je dengan staff and manager awal-awal but somehow, I don't remember what actually happened, ada pergaduhan between the 'senior staffs' and my Maherian friend. I do not want to mention names. So, yang berlaku adalah kawan aku rasa macam 'kena buli' dengan staff lama. Yelah, habis semua kerja diberi kat orang baru, tapi orang 'lama' goyang kaki layan handphone. Where is the justice? Kan? Jadi, timbullah rasa tidak puas hati. Kawan aku tulis email report kepada HQ Pizza Hut. Email diterima oleh manager Pizza Hut KB, kemudian manager sendiri backup pekerja lama dalam group WhatsApp. Aku diamkan diri aje. Aku perhati je sorang-sorang duk maki & hina kawan aku. Paling aku tidak suka, gambar passport untuk resume, staff lama boleh pi ambil, conteng dengan pen marker merah. Buat tanduk, buat jerawat kat muka kawan aku. Yang tu aku tak boleh terima. Kawan aku pun dah letak jawatan masa tu. Lepas peristiwa muka kawan aku kena conteng, aku jadi tak selesa. Memang aku baik dengan staff situ, I have no problems with them. Tapi diorang dah hina kawan aku dari zaman sekolah kot, kawan yang baik. Tak mungkin aku nak tinggal kawan lama demi kawan baru? Lagipun aku kerja part time, sambil tunggu tawaran belajar. Aku sedar aku tak akan lama juga di situ. Jadi, aku pilih untuk ikut langkah kawan aku. L E T A K J A W A T A N. Selepas aku letak jawatan tu, cara layanan diorang kat aku turut berubah. Daripada baik, tiba-tiba aku yang tak ada kena mengena or cari gaduh pun kena layan macam sampah. Sampai harini aku boikot Pizza Hut KB Mall. Bila aku tunggu gaji, masa aku check tu........ Aku sendiri terkejut tengok gaji yang aku dapat. Tak berbaloi penat lelah aku. Makin aku bengang. Jadi, aku rasa pilihan untuk berhenti kerja adalah yang terbaik.

 

Pada May 2016 sehingga December 2017, aku sambung pelajaran di peringkat STPM. Masa ni sumpah aku paling happy. Dapat jadi diri sendiri, dapat ramai kawan, banyak memori yang aku suka. Gaduh-gaduh pun tak ada. I live life normally as a student. Dan tak lupa juga, aku kali pertama daftar masuk asrama di sini. Di sini tu adalah Maktab Sultan Ismail atau Sultan Ismail College (SIC). Arwah ayah tok pernah belajar sini sementara. An all boys school, except for STPM ada girls hehe. Maybe tak ada benda nak cerita sangat kot sini. Ada la terselit memori yang aku ingat, aku heartbroken dengan sorang laki yang aku sayang ni ha. Tapi sekarang dah move on wakakaka. Awal-awal memang susah. Lama-lama okay ler. Lain-lain rasanya tak ada apa yang penting perlu dicerita, mungkin hanya sekadar untuk "simpan sendiri".
 
Mungkin tahun 2018 hingga 2022 aku akan sambung pada post berikutnya. Sebab bermula Oktober 2018, aku dah bergelar sebagai siswazah. Jadi sepanjang tahun 2018 - 2022 tu berkait antara satu sama lain.
 
Maka dengan ini, tamatlah post Recapping Life Up to 2017. Sekian, jumpa pada post berikutnya.

Catat Ulasan




tekan ayat bawah ni untuk old/new post

OLDER POST | NEWER POST