Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| relationshit
hello apa khabar
sudah berhabuk laman blog aku ini *tiup tiup habuk pada skrin*
sebenarnya musim ini adalah musim hujan dan di bahagian pantai timur memang boleh dikatakan setiap masa hujan. siapa yang belajar geografi memang tahu la apa jawapannya, kan? cerita kita pada kali ini tiada kaitan langsung dengan hujan, maaflah ye? mana lah tahu ada di antara pembaca yang ingin membaca cerita tentang sesuatu yang berlaku ketika waktu hujan lebat begini, seperti dalam drama begitu.
tiada apa yang berlaku sebenarnya. aku juga ingin memberitahu satu perkara yang tidak seberapa penting buat pembaca tetapi bagi aku, perkara ini amat bermakna sekali. menjelang beberapa hari yang akan datang maka cukuplah hubungan aku bersama seseorang selama tettt... mana boleh bagitahu dah hahaha maaf ye. walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini aku menghadapi masalah dengan hubungan aku.
walaupun aku tahu mungkin ada salah silapnya datang daripada aku sendiri, itu tidak bermakna aku harus putus asa dengan hubungan aku, kan? it takes two to tango. masing-masing kena mainkan peranan dalam hubungan dan bukannya hanya meletakkan setiap kesalahan pada sebelah pihak. perkara sebegini yang akan mendorong pasangan untuk memutuskan hubungan mereka tanpa berbincang tentang cara untuk menyelesaikannya.
secara umum, sesetengah lelaki/perempuan akan menyalahkan antara satu dengan yang lain dan mereka tidak pernah cuba untuk meletakkan cermin di hadapan mereka untuk menilai diri mereka sendiri. bumi ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ragam manusia. hipokrit, egois, kejam, baik, dan lain-lain. inilah manusia.
tidak salah untuk mengalah demi menjaga hubungan, adakah kita menginginkan hubungan yang berakhir dengan sekelip mata setelah lama menjalinkannya? setelah memperoleh kenangan indah bersama? begitu mudahkah untuk kita mengalah? pada mulanya semua indah belaka, apabila masalah mulai muncul maka cubaan untuk melarikan diri daripadanya menjadi suatu pilihan.
"You can talk with someone for years, everyday, and still, it won't mean as much as what you can have when you sit in front of someone, not saying a word, yet you feel that person with your heart, you feel like you have known the person for forever.... connections are made with the heart, not the tongue." ― C. JoyBell C. |
Catat Ulasan