Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| Sepi Sekuntum Bunga Mawar
Sangat cantik dan harum..
Namun mempunyai duri yang tajam..
Yang mampu melukakan tangan seseorang..
Jika tidak dipetik dengan baik..
Itulah bunga mawar..
Namun pada suatu masa..
Ia akan gugur dan layu..
Hilanglah segala serinya...
Hilanglah keharumannya..
Gugurlah ia ketepi jalan... Langsung tidak dihiraukan lagi.. Oleh orang yang lalu-lalang... Bunga itu yang dahulunya cantik dan indah.. Yang dahulunya juga akan dipetik orang.. Kini dibiarkan dan dipijak-pijak.. Semakin lama.. Bunga itu akan semakin menghilang.. Dibawa oleh angin.. Ketempat yang lain dan jauh daripada orang..
Begitu juga dengan kehidupan seorang manusia seperti aku..
Seorang gadis biasa yang tiada beza daripada orang lain..
Tetapi, hidupku terlalu sepi dan sunyi..
Walaupun mempunyai rakan di sekolah..
Walaupun mempunyai ahli keluarga yang menyayangiku..
Hidup aku masih lagi tiada penyeri..
Melainkan Allah tempat untuk aku mengadu..
Setiap hari aku akan cuba untuk memberikan senyuman.. Senyuman yang sempurna dan tidak palsu.. Aku berjaya untuk melakukannya.. Kerana aku tidak ingin mereka melihat diriku yang sebenar.. Yang memerlukan kasih sayang.. Yang inginkan dakapan seseorang ketika sedih.. Inginku memiliki seseorang.. Yang mampu menyerikan hidupku ini.. Dengan adanya Dia aku pasti bahagia... Pasti hari-hariku dipenuhi dengan gelak tawa.. Dengan senyuman yang ikhlas daripada hati.. Bagaimanapun, ia hanyalah sebuah impian.. Yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan kepadaku.. Apa yang harus aku lakukan? Aku hidup di atas muka bumi ini hampir 14 tahun.. Bila-bila masa sahaja aku boleh kembali ke Rahmatullah.. Tetapi sebelum aku kembali.. Aku ingin mencari seseorang itu... Ya,aku ingin mencari dia walau dimana pun dia berada... Aku tidak sanggup lagi.. Untuk menanggung segala derita yang aku alami selama ini.. Aku sudah cukup menderita.. Hidupku gelap dan tiada penerang... Aku perlukan cahaya.. Kini,hari-hariku dipenuhi dengan tangisan.. Aku mengurung diriku di dalam bilik.. Hanya dapat berimaginasi... Membayangkan rupa yang dapat membahagiakan aku.. Aku berdoa dan terus berdoa.. Ketika tidurku.. Aku selalu bermimpi.. Tentang kebahagiaan yang dimiliki.. Alangkah indahnya hidup.. Jika dapat berbahagia selamanya.. Diri yang tidak sempurna.. Yang masih mempunyai kekurangannya.. Namun,aku sudah bersyukur dengan hidupku sekarang.. Masih mempunyai keluarga dan rakan.. Mereka mampu melengkapkan hidupku.. Tapi,itu hanyalah sebahagian daripada kebahagiaan yang ingin aku perolehi.. Aku juga tidak tahu.. Perkara apa lagikah yang harus aku lakukan? Untuk memperolehi kebahagiaan yang sempurna? Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah berikan sedikit rasa bahagia.. Aku mempunyai pelbagai hubungan.. Hubungan antara rakan,saudara dan keluarga.. Namun aku masih takut...
Takut terputusnya segala hubungan itu..
Tetapi,hubungan yang paling aku takuti jika terputusnya hubungan di antara jasadku dan roh..
Sekali lagi aku berdoa kepada Allah... Agar aku bertemu dengan orang yang mampu.. Memberikan kebahagiaan kepada aku... Sebelum tibanya ajalku ini... Kabulkan lah doaku ini Ya Allah.. . . . .....Amin..... |
Catat Ulasan