Disclaimer
Bonjour everybody. I'm Pusheen and i love food very much, blogging too <3
Follow Credits
| Rindu Serindu Rindunya
aku rindu kau.
Sememangnya aku seorang yang lemah. Aku tidak mampu untuk melawan rasa rindu ini terhadap kau. Ya, betul tu. Sejak dahulu sehingga kini, aku masih merindui diri mu. Aku tidak mampu lagi untuk menahan rasa ini. Rasa sebak di dada kerana tidak mampu ku ucapkan kata-kata yang telah lama aku pendam di dalam hati ini.
Hampir 7 bulan aku menyimpan rasa ini, hanya segelintir yang tahu tentang apa yang aku rasakan sekarang. Tidak semua orang mengerti, apa yang aku hadapi sekarang.
Aku seperti menyeksa perasaan dan badan aku sendiri. Aku selalu memikirkan diri mu. Tidak pernah jemu aku melihat gambar-gambar mu, gambar kita... Our love is now a history. How can I move on when I am still crazy in love with you?
Mungkin kita tiada jodoh dan mungkin ada. Selagi aku masih teguh berdiri di sini untuk mempertahankan cinta ini, bersedialah kamu untuk menerima senjata cinta aku yang tidak akan pernah berhenti untuk "menembak" hati mu untuk mencintai ku kembali. Sehingga suatu saat nanti, engkau juga merindui ku dan masih mencintai aku... Jangan lah engkau pendam kan.
Aku akan tetap setia menungguu meskipun engkau bukan milikku dan jika buat masa ini hatimu telah pun dimiliki, aku berdoa kepada Tuhan agar gadis yang engkau sayangi itu mampu untuk memberikan kebahagiaan dan cinta yang suci ikhlas buat diri mu.
Aku sedar aku lah pemusnah hubungan kita dahulu dan aku tak pernah menyedari nya. Aku tidak pernah tahu bahawa aku akan di akhiri dengan siksaan yang sebegini. Sesalan ku kini tiada makna lagi. Aku tahu, kau telah pun berjaya membuang aku daripada hati engkau itu namun sebaliknya bagi ku. Engkau masih lagi di sini, bersamaku selalu. Walau di mana jua aku berada, setiap hari setiap masa.
Jika engkau terbaca post aku untuk kali ini, aku menyusun sepuluh jari untuk meminta ampun darimu kerana aku mencintai mu dan memendam rasa ini walaupun aku pernah berjanji untuk tidak lagi menganggu hidupmu. Aku tidak mampu menahan rasa sakit ini. Aku sudah tidak sanggup!
Aku terlalu buta untuk memandang lelaki lain selain daripada dirimu. Bayangan wajahmu membuat kan aku hampir gila. Pada setiap perkara yang aku lakukan, pada setiap kali aku ingin coba untuk menggantikan dirimu di hatiku, bayangan mu akan secara perlahannya muncul dan menghantui aku agar untuk tidak pernah berhenti menyayangi mu.
Apakah erti semua ini? Adakah sebegitu caranya aku di balas kerana pernah menduakan mu? Jikalau aku tahu begini kesudahannya, aku tidak akan menyakiti dirimu.. Tidak akan pernah menduakan cintamu. Kesilapan besar yang pernah aku lakukan dalam alam percintaan ini. Begitu berat sekali hukumannya!
Untuk pengetahuan diri mu, cincin yang telah kau berikan aku dahulu masih lagi aku simpan dan jaga dengan penuh kasih. Sehari tidak memandang cincin itu hidup aku terasa seperti kehilangan sesuatu yang penting. Pernah sekali aku terhilang kan cincin itu, aku terus menggelabah dan aku mencari cincin itu sehingga dapat,
Dan pernah juga aku memberi cincin itu kepada kawan karib ku untuk menyimpan cincin itu dan menjauhkan cincin itu dari pandangan mata ku. Tetapi, dia mengetahui isi hatiku. Dia berpura-pura melemparkan cincin itu ke dalam semak samun. Aku menitiskan air mata aku dan aku coba untuk memanjat pagar setinggi dada aku untuk mencari cincin itu. Aku tidak ingin kehilangan cincin itu tetapi aku tidak mampu memanjat kerana ia terlalu tinggi.
Aku menangis di tepi jalan, melihat semak yang panjang lalangnya dan memikirkan bahawa aku akan kehilangan cincin pemberian mu itu buat selamanya. Tetapi, kawan karib aku terus memberitahu hal sebenar setelah dia melihat aku menangis. Selama ini dia hanya menggenggam cincin itu di telapak tangannya. Rasa lega yang tak terhingga apabila aku masih lagi dapat mlihat cincin itu.
Masihkah kau ingat tali pinggang biru jenama supreme yang aku berikan pada kau dulu? Adakah kau masih menyimpannya? Adakah kau pernah memakainya? Adakah kau juga menyayangi tali pinggang pemberian mu seperti mana aku menyayangi cincin ini? Soalan yang selalu aku tanya pada diri sendiri namun masih tidak terjawab.
Tapi pernah sekali kau meng-upload gambar diri engkau berpakaian serba biru di pantai, dan aku secara tidak sengaja terlihat tali pinggang mu.. Adakah itu seperti yang aku fikirkan? Adakah itu tali pinggang yang aku berikan padamu dahulu? Setitis demi setitis air mataku mengalir di pipi setelah melihat gambar itu,
Gembiranya aku, bahagianya aku. Aku harap kau masih lagi mempunyai tali pinggang itu. Aku ingin walau sekali dalam kehidupan aku agar dapat melihat engkau memakaikan rali pinggang itu dan meragakannya di hadapan ku.
Permintaan yang agak melampau bukan? Maaf.. Selain itu, aku juga setiap hari setiap masa stalk profile twitter/facebook kau. AKu ingin mengambil tahu perkembangan hidup kau. Sekali lagi aku minta maaf kerana pada setiap gambar yang engkau upload di twitter itu, aku mengambilnya tanpa keizinan daripada kau.
Aku harap mesej ini mampu untuk aku sampaikan padamu tetapi aku tidak mampu dan aku berharap agar engkau sendiri yang dapat mengetahui hal ini. Setakat ini sahaja lah yang aku ceritakan kisah hari-hariku merindui dirimu..
Semoga bahagia dengan ketiadaan diri aku.
|
Catat Ulasan